KURSUS E- USAHAWAN MDEC

Aktiviti terkini | 20 Julai 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kok Lanas

Tujuan :
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Kami juga akan turut menyelitkan selingan KDB kepada para tetamu yang hadir.

Objektif:
• Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
• Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.
• Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.
• Meningkatkan produktiviti usahawan.
• Para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui emel, SMS dan pelbagai medium lain.
• Berkongsi, menyimpan dan menyebar maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :