PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti terkini | 05 Mac 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Manek Urai

Tujuan :
Tujuan kelas Slime ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang bahan membuat Slime. Selain itu, kami difahamkan oleh tenaga pengajar mereka, antara benda yang boleh merangsang sel-sel otak mereka ialah penggunaan Slime. Ini kerana Slime mempunyai bunyi yang dapat berhubung dengan deria bunyi anak-anak istimewa ini. kami akan membuat Slime ini Bersama anak – anak istimewa melalui YOUTUBE yang akan dibuka semasa membuat Slime tersebut.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Memberi ilmu berkaitan pembuatan Slime secara selamat
• Memberi peluang golongan istimewa merasai dunia IT melalui pembuatan Slime
• Meningkatkan lagi kreativiti dalam minda mereka
• Memupuk minat mereka mencuba sesuatu yang baru
• Mengeratkan lagi hubungan antara staff dengan anak-anak istimewa
• Memperkenalkan PI kepada mereka yang tidak pernah tahu

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :