PROGRAM ONLINE MARKETING –GOOGLE FORM

Aktiviti terkini | 7 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Dewan Empower Ecer Ketereh

Tujuan :
• Pihak Empower Ecer Ketereh telah bekerjasama dengan pusat internet untuk mengadakan kelas usahawan berkenaan online marketing (google form) kepada peserta Empower Ecer Ketereh.
• Memandangkan sekarang ini, Malaysia berada dalam tempoh PKPP, banyak perniagaan yang diuruskan secara talian. Oleh yang demikian, google form adalah penting untuk usahawan pandai dalam mencipta goole form ini.
• Google Form banyak kegunaan yang mana usahawan perolehi, salah satunya usahawan dapat mengetahui maklum balas mengenai perkhidmatan atau produk masing –masing terhadap pelanggan mereka. Ini kerana pelanggan dapat memberi maklum balas secara talian sahaja dengan mengisi google form sahaja.
• Apabila usahawan mahir dalam menggunakan google form ini, usahawan juga dapat mengambil tempahan secara talian sahaja yang mana pelanggan mereka perlu mengisi google form yang usahawan ciptakan khusus untuk tempahan daripada pelanggan mereka.

Kelebihan Aktiviti :
• Selain google form, peserta usahawan juga dapat menpelajari cara bagaimana hendak membuat QR Code sendiri.
• Program ini juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara petugas pusat internet dengan pihak Empower ECER Ketereh.
• Program ini juga turut disertai PI Tok Janggut, PI Sg Petai & PI Cherang Ruku,PI Padang Tok La,Pi Tendong & PI Kg Baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :