PROGRAM KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SECARA ONLINE ANJURAN NB FOOD SPECIALIST CENTRE

Aktiviti terkini | 15 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan ICT PI Tendong

Tujuan :
• Memandangkan pada masa sekarang ini. Negara berada dalam tempoh PKPP lagi, banyak program yang dilakukan secara talian. Salah Satunya ialah Kursus Latihan Pengendali Makanan yang telah dianjurkan oleh Pihak NB Food Specialist Centre kerjasama dengan Pusat Internet.
• Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan.
• 3. Menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat kebersihan dan keselamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perudingan secara lengkap, cekap dan bertanggungjawab.


Kelebihan Aktiviti :

• Peserta akan memahami isu isu dan punca keracunan makanan.
• Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman dan bahan kimia.
• Mengetahui amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan.
• Cara cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara cara pembuangan sampah/ sisa maknan yang teratur.
• Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul.
• Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat.
• Mempelajari cara mencegah pencemaran makanan.
• Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai.
• Mempelajari cara menjaga kebersihan.
• Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan.
• Program ini juga turut disertai oleh PI Tendong & PI Pdg Tok La.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :