PROGRAM PERTANDINGAN WORD SEARCH DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK DAN MAJLIS KERAIAN PERTUKARAN PENGURUS PI TOK JANGGUT KE PI KOK LANAS

Aktiviti terkini | 7 Mac 2020

Tempat Aktiviti:
Cyber Hall PI Tok Janggut

Tujuan :
• Sempena cuti sekolah hujung minggu, satu pertandingan word search digital Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi mengisi masa lapang Ahli PI.
• Ianya juga dapat menguji minda para peserta dalam mencari perkataan-perkataan Klik Dengan Bijak yang telah ditetapkan secara digital.

Kelebihan Aktiviti :
• Pertandingan ini diadakan dalam bentuk kumpulan yang mana 1 pasukan terdiri daripada 3 orang, dengan secara tidak langsung dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
• Sempena pertukaran Pengurus PI Tok Janggut ke PI Kok Lanas dan pengenalan Penolong Pengurus yang baru. Jamuan makan tengahari diadakan bagi mengeratkan silatturahim antara staf pusat internet dengan ahli pusat PI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :