PROGRAM KELAS SHOPEE BERSAMA KUMPULAN USAHAWAN SABUN HOME MADE

Aktiviti terkini | 18 September 2020

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan ICT PI Kok Lanas

Tujuan :
• Pihak Usahawanita Sabun Home Made telah bekerjasama dengan Pusat Internet Kok Lanas dalam mengadakan Program Kelas Shopee kepada Ahli Kumpulan Usahawanita Sabun Home Made Ketereh.
• Memberikan peluang kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan mereka dengan memasarkan produk mereka di laman Shopee.
• Mengajar para usahawan berkaitan dengan pemasaran produk menggunakan laman shopee.
• Melahirkan usahawan yang menjadikan media sosial ‘SHOPPE’ sebagai platform memasarkan produk

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian memandangkan Malaysia sekarang ini dilanda musim pandemic Covid-19.
• Semua Peserta akan di ajar mengenai Shopee sehingga peserta dapat memasarkan produk mereka dalam laman Shopee setelah Kelas Shopee ini tamat.
• Program ini juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara petugas pusat internet dengan pihak Ushawan Sabun Home Made.
• Program ini juga turut disertai PI Tok Janggut, PI sg Petai, Cherang Ruku,,PI Tendong & PI Pdg Tok La.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :