PROGRAM AL-HANAN CAKNA KOMUNITI (PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19

Aktiviti terkini |10 April 2021

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Masjid AL-HANNAN Tendong

Tujuan :

• Program AL-HANNAN Cakna komuniti ini bertujuan untuk memberitahu kepada komuniti sekitar tendong mengenai informasi yang betul berkenaan dengan vaksin covid19 ini.
• Maklumat mengenai vaksin ini telah di sampaikan oleh Pegawai Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.
• Komuniti juga boleh mendaftar pendaftaran vaksin covid19 di kaunter pendaftaran yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK Kok Lanas,PIK Tendong & PIK Pdg Tok La) yang mana komuniti yang tiada App My Sejahtera dan warga emas telah mendaftar pendaftaran vaksin di kaunter Pusat Internet Komuniti.

Kelebihan Aktiviti :
• Selain itu, program ini diadakan adalah jualan daging dengan harga bersusbsidi kepada golongan asnaf.
• Ada juga gerai jualan lauk pauk dan sayuran.
• Program Duta Kenali Ubat Anda yang dikendalikan oleh Jabatan Farmasi
• Sumbangan bantuan kepada golongan asnaf yang di agihkan oleh Pihak Masjid AL-HANAN.
• PIK juga telah membuat siaran langsung dalam page FB PIK ketika program dijalankan di mana suasana pendaftaran vaksin covid19.
• Program ini turut disertai oleh Pusat Internet Tendong dan Pusat Internet Pdg Tok La.
• Melalui program ini, dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara petugas pusat internet komuniti dengan pihak AJK Masjid AL-HANAN Tendong serta komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :