ADVOKASI KDB (SOCIAL MEDIA ETIQUETTE)

Aktiviti terkini |31 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Secara Dalam Talian Melalui “ZOOM”

Tujuan :

• Pihak Penganjur telah menjemput PIK Kok Lanas untuk memberi ceramah berkenaan dengan Etika di Media Sosial kepada pelajar MSU College Kota Bharu.
• Dalam Tempoh PKP ini dan norma baharu, taklimat KDB (Social Media Etiquette) diadakan secara dalam talian melalui “Zoom”.
• Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Para Pelajar MSU College Kota Bharu dapat mengetahui akibat buruk apabila seseorang terlampau terlebih kongsi mengenai maklumat peribadi mereka di dalam media sosial
• Pelajar juga didedahkan cara beretika dalam menulis apa2 jua di media sosial sama ada perkataan tersebut boleh diterima semua orang atau tidak yang boleh dikategorikan sebagai buli siber.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan menyokong Kempen Kebebasan Bersuara BUKAN Kebebasan Berbohong – MCMC.
• Dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara petugas pusat internet komuniti(PIK) dengan pihak MSU COLLEGE KOTA BHARU.

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :