FB LIVE – KDB (OVERSHARING,CYBER BULLY & CYBER GROOMING)

Aktiviti terkini |27 Mac 2021

Tempat Aktiviti:
Siaran Secara Langsung Di Page FB Pusat Internet Komuniti Kok Lanas,FB Page Pusat Internet Pdg Tok La & FB Page Pusat Internet Tendong

Tujuan :

• Sesi Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkenaan dengan OverSharing,Cyber Bully & Cyber Grooming
• Sesi Live ini gabungan 3 PIK, iaitu PIK Kok Lanas,PIK Pdg Tok La & PIK Tendong yang mana setiap PIK telah memberi pendedahan mengenai KDB agar komuniti berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya media social, yang mana pada masa kini banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya terdedah di internet.
• Masyarakat diingatkan agar sentiasa berfikir secara rasional apabila ingin menngunakan media sosial agar tidak terdedah dengan bahaya dalam penggunaan internet seharian.

Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
• Para Pengikut FB page PIK Kok Lanas dapat mengenalpasti pembuli-pembuli dalam buli siber.
• Mendidik masyarakat agar berhati-hati dalam bertutur kata di media sosial agar mengelakkan berlakunya buli siber di media sosial.
• Masyarakat dapat mengetahui mengenai saluran yang betul apabila terjadinya buli siber di kalangan mereka.
• Dapat mengerakan hubungan ukhwah antara petugas PIK dengan masyarakat walaupun di alam maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :