KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE ANJURAN : MARA PASIR PUTEH KERJASAMA PEDI TOK JANGGUT

Aktiviti terkini |14 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik Training PEDI Tok Janggut
Ringkasan Aktiviti :

• Pihak MARA Pasir Puteh telah menganjurkan program keusahawan dan memilih lokasi PEDi Tok Janggut untuk kelas usahawan bersama dengan usahawan bawah bimbingan MARA.
• Kelas Usahawan yang diadakan ialah Kelas Asas Berniaga Di Shopee yang mana Staf PEDi Kok Lanas sebagai tenaga pengajar kelas Shopee tersebut.

Tujuan :

• 1) Kelas Shopee yang dijalankan secara fizikal / bersemuka yang diadakan di PEDi Tok Janggut Pasir Puteh.
• 2) Memberikan peluang kepada usahawan untuk terus maju dalam perniagaan mereka dengan memasarkan produk mereka di laman Shopee.
• 3) Mengajar para usahawan berkaitan dengan pemasaran produk menggunakan laman shopee.
• 4.) Melahirkan usahawan yang menjadikan media sosial ‘SHOPPE’ sebagai platform memasarkan produk
• 5.) Memberi latihan kepada usahawan cara menghasilkan gambar produk yang menarik untuk diletakkan dalam kedai shopee

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan asas kepada marketplace “shopee”
• Membina kedai online shopee
• Tips pemilihan produk / cara memasukkan produk dalam kedai online shopee
• Cara meningkatkan jualan di Shopee
• Cara menghasilkan gambar produk yang menarik
• Cara nominate produk jualan
• Menambah pengikut kedai (growth follower)
• Cara menaikkan produk (boost)

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian.
• Semua Peserta akan di ajar mengenai Shopee sehingga peserta dapat memasarkan produk mereka dalam laman Shopee setelah Kelas Shopee ini tamat.

Nama VIP :
• Puan Nor Syazila Binti Mat Nawi -Pegawai MARA Daerah Pasir Puteh

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :