KLIK DENGAN BIJAK (OVERSHARING)-TERLEBIH KONGSI ANJURAN BERSAMA : UNIT KOMPUTER KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

Aktiviti terkini |26 November 2022

Tempat Aktiviti:
Medium : Google Meet
Ringkasan Aktiviti :

• Pihak Unit Sains Komputer Kolej Matrikulasi Kelantan telah bekerjasama dengan PEDi Kok Lanas untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak(KDB)Oversharing kepada pelajar-pelajar mereka bagi memberi pendedahan sekiranya terlebih kongsi maklumat di media sosial, apa yang akan terjadi.
• Peserta yang menyertai Taklimat KDB ini terdiri daripada Pelajar dan Tenaga Pengajar Kolej Matrikulasi Kelantan.

Tujuan :

• 1.Memberi pendedahan melalui perkongsian mengenai Oversharing atau Terlebih Kongsi akan membawa keburukan kepada pelajar sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
• 2.Melalui Taklimat tersebut,peserta mestilah menggunakan internet secara berhemah dan bijak dalam internet terutamanya di media sosial kerana tidak semua maklumat peserta boleh kongsi dimedia sosial untuk tatapan umum.
• 3. Taklimat KDB juga memberi tips keselamatan agar pelajar serta tenaga pengajar dapat menggunakan media sosial secara bijak agar tidak menjadi termasuk dalam golongan Oversharing atau Terlebih kongsi dalam menggunakan media sosial.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 4.55 petang – 5.00 petang – semua peserta masuk dalam google meet
• 5.00 petang – 6.00 petang – Taklimat KDB (Oversharing) serta sesi soal jawab

Kelebihan Aktiviti :
• 1.PEDi Kok Lanas telah bergabung dengan PEDi Pdg To’La,PEDi Tendong dan PEDi Tok Janggut dalam menjayakan program Taklimat KDB secara online.
• 2.Dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara Staf PEDi dengan Pihak Kolej Matrikulasi Kelantan.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :