PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA MERDEKA 2022

Aktiviti terkini |12 & 18 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :

• Lukisan berbentuk digital dan secara atas kertas. Semasa Program ini berlangsung, PEDi akan memasangkan lagu-lagu berunsurkan patriotik bagi menaikkan semangat para peserta dalam menyiapkan tugasan mereka.
• Ianya juga dapat menghasilkan lukisan yang kreatif dan menarik. Selain Lagu-lagu patriotik dipasangkan,Staf PEDi akan menerangkan kepada peserta mengenai erti kemerdekaan.
• Serta Tema Merdeka Tahun ini : Keluarga Malaysia Teguh Bersama dan penerangan mengenai logo Tema Merdeka

Tujuan :

• Sempena Bulan Kemerdekaan, pertandingan melukis diadakan bertemakan Merdeka dan Tema Merdeka tahun ini. Memupuk semangat cintakan negara apabila pertandingan ini dibuat berkisarkan bulan kemerdekaan.
• Peserta dapat menunjukkan bakat lukisan yang kreatif apabila menyertai pertandingan yang di anjurkan PEDi Kok Lanas.
• PEDi Kok Lanas dapat mencungkil bakat-bakat peserta dalam menghasilkan seni lukisan yang cantik dan kreatif.
• Di samping peserta melukis menggunakan kertas lukisan, peserta juga akan didedahkan dengan lukisan secara digital.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta telah diberi penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan
• Peserta di beri pilihan gambar untuk lukisan berdasarkan tema merdeka 2022.
• Peserta telah di beri alat kelangkapan untuk melukis dan mewarna

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program pertandingan, Staf PEDi Kok lanas dapat memberi penerangan mengenai fungsi PEDi kepada peserta. Di samping itu juga, dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara staf PEDi dengan peserta-peserta.
• Peserta terdiri di kalangan Ahli PEDi Kok Lanas dan pengunjung PEDi Kok Lanas

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :