PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN PREMIS DIGITAL BERSAMA USAHAWAN KELANTAN (ANJURAN MYNIC)

Aktiviti terkini |16 -18 September 2022

Tempat Aktiviti:
Bilik Training PEDi Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :

• Program latihan ini merupakan latihan peningkatan penguasaan pasaran digital yang akan dihadiri oleh para usahawan tempatan yang juga penerima Geran Digital Perniagaan dari MYNIC tempoh hari.
• Antara modul utama latihan ini ialah memfokuskan kepada pembinaan laman sesawang, teknik meningkatkan jumlah lawatan ke laman web atau adaptasi SEO, teknik pemasaran, dan juga penambahbaikan kandungan dalam pemasaran perniagaan.

Tujuan :

• Latihan usahawan ini diberikan kepada peserta usahawan yang bawah bimbingan pihak MYNIC, dan usahawan ini sekitar di negeri Kelantan
• Program Latihan Pembangunan Premis Digital bersama usahawan di Kelantan bersempena dengan Program RIUH SOKMO! yang akan berlangsung pada 16hb September hingga 18hb September di Mini Stadium Ketereh.
• Oleh itu, pihak MYNIC telah memilih tempat PEDi Kok Lanas untuk menjalankan Latihan Pembangunan Premis Digital Bersama Usahawan Kelantan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini berlangsung sepanjang 3 hari.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program ini, dapat mengeratkan hubungan Ukhwah antara Staf PEDi Kok Lanas dengan Pihak MYNIC.
• Usahawan yang datang ke PEDi Kok Lanas dapat mengetahui fungsi PEDi untuk membantu usahawan dalam perniagaan secara online.

Nama VIP :
• Pegawai-pegawai MYNIC

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :