PROGRAM MALAYSIAN ICT VOLUNTEER (MIV) @ KELANTAN

Aktiviti terkini |20 September 2022

Tempat Aktiviti:
Sri Makmur Ballroom (Level 3), H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Ringkasan Aktiviti :

• MIV bersama Komuniti adalah satu program sukarelawan ICT yang bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi digital di kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan di mana sukarelawan akan berkongsi pengetahuan dan menggalakkan penggunaan ICT yang positif di kalangan masyarakat.
• Selain itu, sukarelawan ini juga akan memperkenalkan usahawan-usahawan baru dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan membantu para usahawan ini meningkatkan pendapatan dengan menggunakan platform digital untuk pemasaran produk.

Tujuan :

• MIV ialah salah satu platform Sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan–kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti.
• Peserta MIV yang dipilih dapat juga mengetahui mengenai digital marketing yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan.
• Oleh yang demikian,peserta MIV dapat membantu komuniti dari segi digital marketing.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Staf PEDi Yang terlibat serta MIV yang terlibat berkumpul di Hotel pada pukul 7.50 pagi dan program dijalankan sepanjang satu hari tersebut taklimat mengenai tugas-tugas MIV.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui Program ini, Peserta MIV dapat mengetahui fungsi PEDi dengan lebih lanjut dan dapat mengeratkan hubungan ukhawah antara staf PEDi dengan peserta MIV yang telah dipilih.

Nama VIP :
• Encik Abd Mubin Mohd Zain -Pengarah MCMC Negeri Kelantan Pegawai-Pegawai MCMC Negeri Kelantan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :