PERTANDINGAN DIY SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti terkini |15 April 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Training PEDi Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :

• Pertandingan DIY Sampul Duit Raya yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif dan daya kepekaan dalam kalangan peserta.
• Peserta telah di berikan 1 tayangan melalui youtube untuk melihat cara DIY Sampul Duit Raya ini.

Tujuan :

• Pertandingan ini dapat melihat peserta dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.
• Peserta dapat menghasilkan sampul duit raya dengan kreativiti sendiri mengikut tema yang telah ditetapkan.
• Semangat Setiakawan di kalangan peserta.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta telah diberi penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan.
• Peserta telah diberikan video tutorial melalui youtube cara menghasilkan sampul raya hanya menggunakan kertas warna A4.
• Semua peserta wajib menyiapkan tugasan masing-masing dan pemilihan pemenang dipilih berdasarkan hasil kreativiti yang menarik.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program pertandingan, Staf PEDi Kok lanas dapat memberi penerangan mengenai fungsi PEDi kepada peserta.
• Di samping itu juga, dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara staf PEDi dengan peserta-peserta.
• Peserta terdiri di kalangan Ahli PEDi Kok Lanas dan pengunjung PEDi Kok Lanas.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :