PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini |16 April 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Wirayankra Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :

• PEDi Kok Lanas telah membuat Kerjasama dengan Pihak Tabika KEMAS Wirayankra Kok Lanas yang mana Tabika tersebut berdekatan dengan PEDi Kok Lanas.
• Program yang dijalankan iaitu pertandingan mewarna bertemakan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan murid-murid Tabika tersebut.

Tujuan :

• 1.Dapat mencungkil bakat dalam kalangan kanak-kanak Tabika KEMAS yang mewarna secara kreatif dan menarik. Selain itu kanak-kanak juga dapat merasai suasana Hari Raya kerana mereka memerlukan mewarna lukisan gambar yang berkaitan dengan Hari Raya Aidilfitri.
• 2.Di Samping itu juga, Staf PEDi akan memberi pengenalan dan pendedahan kepada Kanak-Kanak Tabika KEMAS Wirajayankra berkenaan dengan komponen komputer serta cara penggunaan dengan betul.
• 3. Selain itu juga, kanak-kanak Tabika KEMAS akan didedahkan mewarna secara online dalam komputer. Staf PEDi juga akan memberi penerangan kepada guru-guru KEMAS mengenai fungsi PEDi serta perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
• 4. Selain Staf PEDi Kok Lanas yang terlibat, Staf PEDi Pdg To’La dan Staf PEDi Tendong juga terlibat dengan program ini.
• 5. Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara Staf PEDi dengan pihak pengurusan Tadika KEMAS Wirajayankra Kok Lanas.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 10.00 am~10.30 am :Staf PEDi akan berkumpul di Tadika KEMAS Wirajayankra serta persiapan pembahagian lukisan untuk diwarnakan oleh kanak-kanak.
• 10.30 am~11.45 am :Pertandingan mewarna dimulakan dan diselitkan dengan pengenalan komponen computer (ICT) kepada pelajar Tabika KEMAS Wirajayankra serta penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua kanak-kanak yang menyertai dan pihak pengurusan tadika KEMAS Wirajayankra
• 11.45 am~12.00 pm : Sesi Bergambar dan bersurai

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Melalui program pertandingan mewarna, Staf PEDi dapat memupuk daya kreatif dalam kalangan kanak-kanak dan sekaligus dapat memberikan pendedahan umum mengenai kompenan komputer dan cara penggunaan dengan betul kepada murid-murid agar mereka celik IT.
• Di samping itu, Staf PEDi Kok lanas dapat memberi penerangan mengenai fungsi PEDi kepada peserta dan pihak pengurusan tabika.
• Dalam masa yang sama, dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara staf PEDi dengan peserta-peserta.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :