PROGRAM KDB (SALAH GUNA BURUK PADAHNYA)

Aktiviti terkini |5 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki)
Ringkasan Aktiviti :

• Pihak Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) telah menjemput PEDi Kok Lanas untuk memberi taklimat KDB kepada pelajar-pelajar bagi slot pengisian sebelum cuti persekolahan bermula.
• Oleh yang demikian, tajuk yang disampaikan melalui taklimat KDB ialah oversharing dengan buli siber bagi memberi pendedahan kepada pelajar bagaiman hendak menggunakan internet dengan bijak dan berhemah.

Tujuan :

• Memberi pendedahan melalui perkongsian mengenai Oversharing atau Terlebih Kongsi akan membawa keburukan kepada pelajar sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
• Melalui Taklimat tersebut,peserta mestilah menggunakan internet secara berhemah dan bijak dalam internet terutamanya di media sosial kerana tidak semua maklumat peserta boleh kongsi dimedia sosial untuk tatapan umum.
• Taklimat KDB juga memberi tips keselamatan agar pelajar serta guru-guru dapat menggunakan media sosial secara bijak agar tidak menjadi termasuk dalam golongan Oversharing atau Terlebih kongsi dalam menggunakan media sosial.
• Selain itu, pelajar juga didedahkan mengenai Buli Siber, cara bagaimana hendak atasi daripada terjadinya Buli Siber.
• Pelajar juga akan didedahkan mengenai kesan sekiranya berlakunya Buli Siber di kalangan pelajar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 11.15 pagi-11.30 pagi – persiapan tempat dan pelajar-pelajar berkumpul
• 11.30 pagi-1.00 petang – Taklimat dijalankan,soalan kuiz ,pembahagian
• cendeharati dan sesi bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• 1.Soalan kuiz diadakan berdasarkan intipati taklimat yang telah diberikan dan mengetahui bahawa pelajar-pelajar faham mengenai apa yang disampaikan mengenai oversharing dan buli siber.
• 2. Program KDB ini hasil Kerjasama dengan PEDi Tok Janggut,PEDi Sg Petai,PEDi Cherang Ruku,PEDi Felda Tenang,PEDi Tasek Mengkuang dan PEDi Kg Baharu,Besut.

Nama VIP :
• Guru Besar SK Pasir Puteh (L) – En Saidi Ab.Rahman
• Guru-Guru SK Pasir Puteh (L)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :