PROGRAM ADVOKASI MYKAFETEEN@PEDI 2023 (PEDI KOK LANAS) JARINGAN KOLABORASI STRATEGIK LPPKN DAN MCMC

Aktiviti terkini |4 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :

• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif mengenai cadangan kerjasama melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada kumpulan sasar remaja di komuniti bandar dan luar bandar.
• Mekanisme pelaksanaan adalah melalui program advokasi KafeTEEN iaitu berfokus kepada promosi Aplikasi myKafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBagiTahu serta pelaksanaan program KafeTEEN kepada kumpulan sasar di PEDi yang terpilih seluruh Malaysia.

Tujuan :

• Menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja di Malaysia;
• Melaksanakan program KafeTEEN yang memfokuskan kepada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja di komuniti setempat;
• Mempromosikan dan meningkatkan capaian kepada Aplikasi myKafeTEEN;
• Mempromosikan Kempen #AmbilTahuBagiTahu.
• PEDi dapat mempromosikan mengenai perkhidmatan yang ada di PEDi Kok Lanas.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penceramah : Encik Mohd Rozi Omar & Puan Suharni (LPPKN) Kelantan
• Program ini mensasarkan golongan remaja di komuniti berumur 13 hingga 24 tahun

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta yang menyertai program ini dapat mengetahui lebih lanjut mengenai cara dan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial di kalangan mereka.

Nama VIP :
• Encik Mohd Rozi Omar – LPKKN (Kelantan)
• Puan Suharni - LPKKN (Kelantan)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :