PROGRAM HARI PESKO SMK MELOR KERJASAMA ; PEDI KOK LANAS,PEDI PDG TO’LA & PEDI TENDONG

Aktiviti terkini |13 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Perkarangan SMK Melor
Ringkasan Aktiviti :

• PEDi Kok Lanas telah menerima jemputan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Melor untuk membuka booth PEDi sempena hari PESKO SMK Melor.
• Booth ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga sekolah SMK Melor mengenai fungsi PEDi serta perkhidmatan yang ada di PEDi.

Tujuan :

• Melalui pameran booth PEDi ini,penerangan mengenai fungsi PEDi akan dijelaskan ketika pengunjung datang ke Booth PEDi.
• Pameran mengenai microbit serta praktikal membuat coding microbit.
• Penerangan mengenai Klik Dengan Bijak juga akan diadakan semasa pameran Booth PEDi kepada pengunjung yang datang.
• Warga Sekolah SMK Melor akan dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai ‘Apa itu PEDi’
• PEDi juga dapat mempromosikan mengenai Kelas Usahawan serta kelas ICT kepada warga SMK Melor.
• Pameran Booth PEDi ini juga akan turut disertai PEDi Kg Padang To’La.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengunjung yang datang ke Booth PEDi:-
• Penerangan mengenai fungsi PEDi serta pengunjung diberi brousher mengenai PEDi serta senarai PEDi Digi Di Kelantan yang ada.
• Pameran mengenai microbit/permainan berasaskan ciptaan microbit
• Soalan kuiz berdasarkan PEDi
• Tayangan Video Aktiviti PEDi
• Penerangan Mengenai KDB/Scammer
• Puzzle KDB

Kelebihan Aktiviti :
• Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu memperkenalkan PEDi kepada semua pengunjung yang hadir dan kepada komuniti.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :