PROGRAM KELAS PEMASARAN DIGITAL (TIK TOK & SHOPEE)

Aktiviti terkini |22 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Training PEDi Kok Lanas
Ringkasan Aktiviti :

• Program ini diadakan adalah memberi bimbingan kepada usahawan mengenai pemasaran digital terutamanya dalam Tik Tok & Shopee.
• Ini kerana jualan secara online dalam Tik Tok semakin meluas di kalangan usahawan.
• Oleh yang demikian Staf PEDi Kok Lanas Bersama Rakan Digital PEDi Kok Lanas menganjurkan Kelas Tik Tok & Shopee kepada usahawan yang ingin menyertai kelas ini.

Tujuan :

• Usahawan dapat mempelajari teknik untuk berniaga dalam Tik Tok Shop serta cara bagaimana untuk membuat jualan dalam Tik Tok Shop
• Selain itu juga,usahawan yang menyertai kelas ini dapat mempelajari teknik serta tips dalam menjual dalam shopee serta bagaimana hendak menaikkan jualan di platform Shopee.
• Melalui program ini,Staf PEDi dan Rakan Digital PEDi Kok Lanas telah memberi bimbingan dan panduan kepada usahawan bagaiman cara hendak menjual dalam platform Tik Tok Shop serta memberi tunjuk agar macam mana hendak menghasilkan gambar produk yang menarik untuk diletakkan dalam platform Tik Tok Shop dan Shopee

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9.00 pagi – 9.30 pagi – Pendaftran Peserta (Usahawan)
• 9.30 pagi 2.00 petang – Kelas Tik Tok Shop & Shopee

Kelebihan Aktiviti :
• 1)Kebanyakan Usahawan yang hadir datang dari pelbagai daerah bukan sahaja sekitar Kok Lanas, Oleh yang demikian,Staf PEDi memberi penerangan mengenai fumgsi PEDi kepada komuniti.
• 2) Usahawan telah diberi penerangan lanjut mengenai kelas-kelas usahawan yang lain juga diadakan di PEDi Kok Lanas.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :