PROGRAM CYBERTALK@SCHOOL SMK MELOR

Aktiviti terkini |13 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Tertutup SMK Melor
Ringkasan Aktiviti :

• PEDi Kok Lanas mendapat jemputan melalui panggilan Telefon daripada Guru Kaunselor Sekolah Menengah Kebangsaan Melor untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak Kepada Pelajar sekolah tersebut pada hari sabtu ini.
• Pihak sekolah juga ada melampirkan surat jemputan kepada PEDi Kok Lanas.

Tujuan :

• 1.Memberi pendedahan melalui perkongsian mengenai Oversharing atau Terlebih Kongsi akan membawa keburukan kepada pelajar sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
• 2.Melalui Taklimat tersebut,peserta mestilah menggunakan internet secara berhemah dan bijak dalam internet terutamanya di media sosial kerana tidak semua maklumat peserta boleh kongsi dimedia sosial untuk tatapan umum.
• 3. Taklimat KDB juga memberi tips keselamatan agar pelajar serta tenaga pengajar dapat menggunakan media sosial secara bijak agar tidak menjadi termasuk dalam golongan Oversharing atau Terlebih kongsi dalam menggunakan media sosial.
• 4. Selain itu, pelajar juga didedahkan mengenai Buli Siber, cara bagaimana hendak atasi daripada terjadinya Buli Siber. Pelajar juga akan didedahkan mengenai kesan sekiranya berlakunya Buli Siber di kalangan pelajar.
• 5. Pendedahan mengenai Scammer juga akan diberitahu kepada pelajar semasa sesi program taklimat Cybertalk@School, bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan guru untuk mengelakkan daripada manjadi mangsa Scammer secara dalam talian.
• 6. Selain Staf PEDi Kok Lanas yang terlibat, Staf PEDi Pdg To’La juga terlibat dengan program ini.
• 7. Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara Staf PEDi dengan pihak pengurusan Sekolah

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 9.30 am~10.15 am :Staf pedi akan berkumpul di Dewan Tertutup SMK Melor dan membuat persediaan untuk taklimat
• 10.15 am~11.15 am :Taklimat Cybertalk@School, Pengenalan pedi dan taklimat mengenai Oversharing,Buli Siber dan Kawal Selia Diri, Selepas taklimat kuiz telah diadakan
• 11.15 am~12.00pm : Sesi Pengagihan dan pendaftaran Sim pack Digi (Bahagian Team Sales Digi yang uruskan untuk sesi
• Pendaftaran)

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program ini,para pelajar dapat mengetahui mengenai risiko sekiranya salah menggunakan media sosial sekiranya tidak bijak menggunakannya.
• Di samping itu, para pelajar yang terlibat dalam program ini akan diberikan simpack Digi secara percuma oleh pihak Team Sales Digi yang terlibat.

Nama VIP :
• Guru Kaunselor SMK Melor dan guru-guru yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :