PROGRAM CYBERTALK@SCHOOL SMK JERAM PASIR PUTEH

Aktiviti terkini |3 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan SMK Jeram Pasir Puteh
Ringkasan Aktiviti :

• Program Cybertalk@School adalah Program Kerjasama Digi dengan PEDi yang terpilih.
• Oleh yang demikian,PEDi Tok Janggut teleh menjemput PEDi Kok Lanas untuk turut sertai program ini.

Tujuan :

• Memberi pendedahan melalui perkongsian mengenai Oversharing atau Terlebih Kongsi akan membawa keburukan kepada pelajar sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
• Melalui Taklimat tersebut,peserta mestilah menggunakan internet secara berhemah dan bijak dalam internet terutamanya di media sosial kerana tidak semua maklumat peserta boleh kongsi dimedia sosial untuk tatapan umum.
• Taklimat KDB juga memberi tips keselamatan agar pelajar serta tenaga pengajar dapat menggunakan media sosial secara bijak agar tidak menjadi termasuk dalam golongan Oversharing atau Terlebih kongsi dalam menggunakan media sosial.
• Selain itu, pelajar juga didedahkan mengenai Buli Siber, cara bagaimana hendak atasi daripada terjadinya Buli Siber. Pelajar juga akan didedahkan mengenai kesan sekiranya berlakunya Buli Siber di kalangan pelajar.
• Pendedahan mengenai Scammer juga akan diberitahu kepada pelajar semasa sesi program taklimat Cybertalk@School, bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan guru untuk mengelakkan daripada manjadi mangsa Scammer secara dalam talian.
• PEDi Tok Janggut juga menjemput PEDi Kluster Pasir Puteh dan PEDi Kok Lanas
• Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara Staf PEDi dengan pihak pengurusan Sekolah

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 10.50 pagi~11.00 pagi :Staf PEDi di dewan SMK Jeram
• 11.00 pagi~1.00 tgh : Sesi Pengenalan PEDi & Taklimat KDB
• Sesi Pengagihan dan pendaftaran Sim pack Digi
• (Bahagian Team Sales Digi yang uruskan untuk sesi
• pendaftaran) dan sesi bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program ini,para pelajar dapat mengetahui mengenai risiko sekiranya salah menggunakan media sosial sekiranya tidak bijak menggunakannya.
• Di samping itu, para pelajar yang terlibat dalam program ini akan diberikan simpack Digi secara percuma oleh pihak Team Sales Digi yang terlibat.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :