PROGRAM CYBERSECURITY/CYBERSAFE ANJURAN : UNIT LATIHAHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN POLITEKNIK KOTA BHARU (KOK LANAS)

Aktiviti terkini |16 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Bilik Seminar 3 ULPL,Politeknik Kota Bharu –(Kok Lanas)
Ringkasan Aktiviti :

• PEDi Kok Lanas mendapat jemputan memberi taklimat Klik Dengan Bijak Kepada Pensyarah Jabatan Matematik,Sains & Komputer Politeknik Kota Bharu yang terletak di Kok Lanas.

Tujuan :

• Memberi pendedahan melalui perkongsian mengenai Oversharing atau Terlebih Kongsi akan membawa keburukan kepada pihak pensyarah mahupun pelajar sekiranya tidak ditangani secara berhemah.
• Melalui Taklimat tersebut,peserta mestilah menggunakan internet secara berhemah dan bijak dalam internet terutamanya di media sosial kerana tidak semua maklumat peserta boleh kongsi dimedia sosial untuk tatapan umum.
• Taklimat KDB juga memberi tips keselamatan agar tenaga pengajar dapat menggunakan media sosial secara bijak agar tidak menjadi termasuk dalam golongan Oversharing atau Terlebih kongsi dalam menggunakan media sosial.
• Selain itu, pelajar juga didedahkan mengenai Buli Siber, cara bagaimana hendak atasi daripada terjadinya Buli Siber. Pelajar juga akan didedahkan mengenai kesan sekiranya berlakunya Buli Siber di kalangan pelajar mahupun pensyarah.
• Pendedahan mengenai Scammer juga akan diberitahu kepada pelajar semasa sesi program taklimat, bagi memberi pendedahan kepada pensyarah untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa Scammer secara dalam talian.
• Pendedahan mengenai risiko mengenai Penggantungan Dalam Talian (Love Scammer) sekiranya tidak berhati-hati dalam menggunakan media sosial terutamanya Tik Tok dan Facebook.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 8.40 pagi~9.00 pagi :Staf PEDi di Bilik Seminar 3 ULPL dan membuat persediaan untuk taklimat
• 9.00 pagi~12.15 tgh : Sesi Pengenalan PEDi & Taklimat KDB
• 12.15 tgh~1.00 ptg : Sesi Jawab Soalan Kuiz Kahoot (KDB), penyampaian
• hadiah,cenderahati dan sesi bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program ini,pihak pensyarah yang terlibat semasa program dapat mengetahui mengenai risiko sekiranya salah menggunakan media sosial sekiranya tidak bijak menggunakannya.
• Pihak Pensyarah juga dapat mengetahu mengenai fungsi PEDi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh PEDi Kok Lanas.
• Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara Staf PEDi dengan pihak Politeknik Kota Bharu.
• Selain Staf PEDi Kok Lanas yang terlibat, Staf PEDi Pdg To’La ,PEDi Tendong dan Staf PEDi Tok Janggut juga terlibat dengan program ini.

Nama VIP :
• Nurliyana Husna Binti Ramli Ketua Jabatan Unit Jabatan Matematik,Sains & Komputer

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :