Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas.

Apabila tiba di satu tempat, buah lanas(nanas) telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh.

Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka, Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut "kok lanas".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakan kepada komuniti Kok Lanas untuk menggalakkan orang ramai datang berkunjung ke Pusat Internet Kok Lanas bagi menyertai pelbagai aktiviti yang diaadakan di sini, dan meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan internet secara bijak....baca selanjutnya

TEKA SILANG KATA DAN KREATIFKAH ANDA?

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakkan kepada komuniti Kok Lanas terutamanya pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan internet secara bijak. Dan untuk menarik perhatian mereka untuk datang ke Pusat Internet bagi mengelakkan mereka untuk tidak meluangkan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah...baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT BUKU NOTA YANG MENARIK DAN CANTIK

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakkan kepada komuniti Kok Lanas terutamanya pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan internet secara bijak. Dan untuk menarik perhatian mereka untuk datang ke PI1M bagi mengelakkan mereka untuk tidak meluangkan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah....baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2018

Tujuan sambutan hari raya ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI bersama komuniti setempat, dan bagi melahirkan rasa syukur untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri....baca selanjutnya

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK & PENGENALAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakkan kepada komuniti Kok Lanas terutamanya pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan internet secara bijak. Dan untuk menarik perhatian mereka untuk datang ke PI1M bagi mengelakkan mereka untuk tidak meluangkan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah....baca selanjutnya

KELAS PEMANTAPAN IBADAH DAN TADARUS AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2018

Program Pemantapan Ibadah dan tadarus Al-quran ini merupakan sebuah usaha kami untuk membantu melahirkan generasi pelajar yang berpandangan jauh dan sentiasa menitikberatkan tentang agama dalam kehidupan seharian. Asasnya sebagai pelajar mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan, perubahan sikap yang menentukan kejayaan itu ke arah positif atau negatif. Dalam program ini, matlamat utama adalah untuk meningkatkan keyakinan diri bagi pelajar untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran dalam hidup bermasyarakat dengan mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya

PESKO SMK KUBANG BEMBAN

Aktiviti Terkini | 18 - 19 April 2018

Tujuan program ini diadakan merupakan satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Dan Untuk melahirkan generasi yang berakhlak, berwibawa dan bertanggungjawab....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KREATIF ORIGAMI

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018

Tujuan pertandingan kreatif origami diadakan bagi memberi pendedahan kepada para peserta untuk menghasilkan hasil kreativiti yang bakal dihasilkan dengan menggunakan kertas. Dengan adanya pertandingan ini kita dapat melihat bakat-bakat yang terpendam yang dihasilkan oleh para peserta. Selain itu, kami juga boleh mempromosikan produk digi kepada para peserta....baca selanjutnya

KURSUS E- REZEKI

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2018

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program e-Rezeki merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Kami juga akan turut menyelitkan selingan KDB kepada para tetamu yang hadir...baca selanjutnya

BENGKEL PENGENALAN PROJEK AGRICULTURE FLAGSHIP

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (AgH) – Fasa 1& Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ini lebih kepada satu pengenalan kepada projek baharu pihak MARDI Malaysia dengan kerjasama KADA, RISDA dan lain lain agensi sector pertanian dan perikanan Malaysia yang dikenali sebagai Projek Agriculture Flagship (AGH) Fasa 1. Pihak Digi iaitu Encik Roslan turut mengambil bahagian pada akhir sesi bagi menerangkan tentang simkad Digi edisi khas bagi para pekerja yang terlibat dengan pembangunan projek ini, yang mana simkad ini turut akan dibekalkan kepada pertai dan usahawan sektor pertanian dan perikanan di Malaysia...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti