Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas.

Apabila tiba di satu tempat, buah lanas(nanas) telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh.

Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka, Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut "kok lanas".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


FB LIVE – SEMBANG SANTAI TEMPAT MENARIK DI KOK LANAS,KUALA KRAI & PASIR MAS

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2021

Gabunngan PEDi 3 daerah (Kota Bharu, Pasir Mas & Kuala Krai) untuk memberitahu kepada komuniti mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh masyarakat setempat mahupun di luar. Antara tempat menarik yang dikongsi adalah tempat untuk bercuti atau berkelah, kedai-kedai atau restoran yang tersohor, masjid yang paling cantik dan juga tempat rekreasi untuk aktiviti bersukan....baca selanjutnya

PROGRAM SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN B40. ANJURAN BERSAMA : SYARIKAT SURUHANJAYA MALAYSIA NEGERI KELANTAN(SSM)

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2021

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin B40(SPPP) merupakan satu inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa mendaftar perniagaan secara percuma.Oleh yang demikina, Pihak SSM Negeri Kelantan berkolabrasi dengan PEDi Digi Kelantan untuk membuka kaunter bergerak pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Pihak SSM....baca selanjutnya

FB LIVE – SEMBANG SANTAI BERSAMA DOKTOR HUSNA. TOPIK : KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS MASALAH RINGAN KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Memandangkan semenjak akhir-akhir ini banyak kes yang berlaku mengenai kecederaan ke atas kanak-kanak semasa berada di rumah atau di luar. Oleh yang demikian PEDi mengambil satu insiatif untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai langkah penjagaan yang betul ketika berlaku kecemasan kecederaan terhadap kanak-kanak ketika berada di rumah.Oleh yang demikian PEDi Kok Lanas telah menjemput Panel Jemputan Doktor Husna untuk berbicara tentang Keselamatan dan Pertolongan Cemas Masalah Ringan Kanak-Kanak....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK JARINGAN KOLABORASI STRATEGIK LPPKN DAN MCMC

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2021

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif mengenai cadangan kerjasama melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada kumpulan sasar remaja di komuniti bandar dan luar bandar. Mekanisme pelaksanaan adalah melalui program advokasi KafeTEEN iaitu berfokus kepada promosi Aplikasi myKafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBagiTahu serta pelaksanaan program KafeTEEN kepada kumpulan sasar di Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terpilih seluruh Malaysia....baca selanjutnya

ZOOM MEETING – PEMBELAJARAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN (SHOPEE)

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021

Kelas Shopee ini di adakan kepada peserta melalui platform Zoom Meeting. Kelas shopee (Train & Trainer) kepada Staf PIK (PIK Manik Urai,PIK Chucuh Puteri,PIK Temangan,PIK Karangan,PIK PKR Bentong,PIK Batu Gajah,PIK Tok Janggut)....baca selanjutnya

FB LIVE – PLATFORM PENGHANTARAN MAKANAN ONLINE MASA KINI

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2021

Memandangkan sekarang musim Pandemik Covid19, tumpuan pembelian makanan secara online semakin meluas. Kebanyakan Komuniti sekarang ini lebih suka membeli makanna secara online(Food Delivery) iaitu melalui penghantaran (COD). Oleh yang demikian PIK Kok Lanas telah bergabung dengan PIK Tendong & PIK Pdg Tok La untuk memberitahu kepada komuniti platform yang lebih sesuai untuk digunakan untuk memesan makanan secara online....baca selanjutnya

FB LIVE –BICARA KARIER “CONTENT WRITER”

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Pada Musim Pandemik Covid 19, Kebanyakan para usahawan menjual produk mereka secara dalam talian.Oleh Yang demikian ayat-ayat jualan agak penting bagi melariskan produk jualan mereka. Melalui topik content writer ini boleh memberi peluang kepada content writer lain yang baru berkecimpung dalam bidang ini. Oleh sebab itu, PIK telah menjemput seorang content writer yang berjaya untuk berkongsi ilmu kepada content writer yang baru hendak berkecimpung dalam bidang ini.....baca selanjutnya

FB LIVE –KELAS ASAS CANVA BAHAGIAN 2- EDITING VIDEO

Aktiviti Terkini | 12 September 2021

Memandangkan sekarang musim Pandemik Covid19, ramai yang ingin belajar untuk membuat video dengan mudah terutamanya untuk PDPR. Oleh Yang Demikian, PIK telah menjemput pakar dalam bahagian Canva untuk menghasilkan video yang kreatif dan mudah....baca selanjutnya

FB LIVE – PLATFORM PEMBELIAN ONLINE MASA KINI

Aktiviti Terkini | 5 September 2021

Memandangkan sekarang musim Pandemik Covid19, tumpuan pembelian secara online semakin meluas. Kebanyakan Komuniti sekarang ini lebih suka membeli belah secara online atau secara dalam talian. Oleh yang demikian PIK Kok Lanas telah bergabung dengan PIK Tendong & PIK Pdg Tok La untuk memberitahu kepada komuniti platform yang lebih sesuai untuk digunakan....baca selanjutnya

GOOGLE MEET – KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021

Kelas Shopee ini di adakan kepada peserta melalui platform Google Meet...baca selanjutnya

GOOGLE MEET – KELAS TUTORIAL TEKNIK MEMBUAT CHATBOT DI TELEGRAM

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2021

Kelas tutorial teknik membuat chatbot di telegram ini di adakan dalam platform google meet yang mana pihak tenaga pengajar unit komputer Kolej Matrikulasi Kelantan menjadi penganjur untuk kelas ini...baca selanjutnya

TOPIK : KESIHATAN MENTAL REMAJA-STRESS DAN CARA MENGATASINYA

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2021

Memandangkan sekarang ini musim pandemik Covid19 dan Malaysia juga melalui proses PKP yang mana pergerakan komuniti agak terbatas dan terhad...baca selanjutnya

FB LIVE – TEMPAT MENARIK DI NEGERI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2021

Fb Live – Tempat Menarik Di Negeri Kelantan ..baca selanjutnya

KELAS SHOPEE – SECARA TALIAN MELALUI ‘GOOGLE MEET”

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2021

Kelas Shopee yang dijalankan secara dalam talian melalui “Google Meet” telah dijalankan oleh PIK Kok Lanas. ...baca selanjutnya

FB LIVE – PLATFORM PERNIAGAAN ONLINE DI MASA KINI

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2021

Sesi Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti Kok Lanas, Tendong & Kg Pdg Tok La telah memberi penerangan mengenai Platform Perniagaan Online Di Masa Kini...baca selanjutnya

FB LIVE – KDB (OVERSHARING,CYBER BULLY, CYBER GROOMING & SEXTING)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2021

Sesi Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkenaan dengan OverSharing,Cyber Bully & Cyber Grooming & Sexting serta pengenalan pusat internet komuniti....baca selanjutnya

FB LIVE – TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021

Sesi Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti Kok Lanas, Tendong & Kg Pdg Tok La telah memberi penerangan mengenai tawaran khas jaringan prihatin Digi...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE – SECARA TALIAN MELALUI ‘GOOGLE MEET”

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2021

Kelas Shopee yang dijalankan secara dalam talian melalui “Google Meet” telah dijalankan oleh PIK Kok Lanas. Kelas ini diadakan pada Tenaga Pengajar Unit Sains Komputer Kolej Matrikulasi Kelantan....baca selanjutnya

FB LIVE – KDB (OVERSHARING,CYBER BULLY, CYBER GROOMING & SEXTING)

Aktiviti Terkini | 11 April 2021

Sesi Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkenaan dengan OverSharing,Cyber Bully & Cyber Grooming & Sexting serta pengenalan pusat internet komuniti...baca selanjutnya

PROGRAM AL-HANAN CAKNA KOMUNITI (PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Program AL-HANNAN Cakna komuniti ini bertujuan untuk memberitahu kepada komuniti sekitar tendong mengenai informasi yang betul berkenaan dengan vaksin covid19 ini...baca selanjutnya

FB LIVE – SESI BERSAMA DENGAN USAHAWAN DEMONSTRASI CARA MENCUCI HABUK KIPAS LAPTOP (FB PAGE PUSAT INTERNET KOMUNITI KOK LANAS)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Sesi Fb Live ini memperkenalkan usahawan Iaitu membuat servis membaiki laptop...baca selanjutnya

FB LIVE – KDB (OVERSHARING,CYBER BULLY & CYBER GROOMING)

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Sesi Secara Langsung dalam Page FB Pusat Internet Komuniti mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkenaan dengan OverSharing,Cyber Bully & Cyber Grooming..baca selanjutnya

KELAS CANVA – SECARA TALIAN MELALUI ‘GOOGLE MEET”

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2021

Kelas Canva yang dijalankan secara dalam talian melalui “Google Meet” telah dijalankan oleh PIK Kok Lanas. Kelas ini diadakan pada Pelajar Master UM & Pelajar Lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan....baca selanjutnya

FB LIVE – CARA DAFTAR LESEN SSM SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2021

...baca selanjutnya

FB LIVE – SESI BERSAMA DENGAN USAHAWAN PRODUK KEK LAPIS SARAWAK (SURI CAKE HOUSE) (FB PAGE PUSAT INTERNET KOMUNITI KOK LANAS)

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Sesi Fb Live ini memperkenalkan produk usahawan Kek Lapis Sarawak....baca selanjutnya

ADVOKASI KDB (SOCIAL MEDIA ETIQUETTE)

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Pihak Penganjur telah menjemput PIK Kok Lanas untuk memberi ceramah berkenaan dengan Etika di Media Sosial kepada pelajar MSU College Kota Bharu ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti