Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas.

Apabila tiba di satu tempat, buah lanas(nanas) telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh.

Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka, Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut "kok lanas".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KUIZ KLIK DENGAN BIJAK & PENGENALAN PENGGUNAAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakkan kepada komuniti Kok Lanas terutamanya pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan internet secara bijak. Dan untuk menarik perhatian mereka untuk datang ke PI bagi mengelakkan mereka untuk tidak meluangkan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah....baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 26 November 2019

Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan....baca selanjutnya

KELAS SHOPEE BERSAMA EMPOWER ECER KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Pusat Internet, dan EMPOWER ECER bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk mempelajari cara pemasaran online yang berkesan...baca selanjutnya

PROGRAM BINA UMMAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 07 September 2019

Tujuan program ini diadakan ialah bagi mendidik masyarakat tentang internet. Dimana mereka perlu tahu bahawa internet dapat memberikan kebaikan dan juga keburukan sekiranya mereka salah guna. Melalui pembukaan booth ini, masyarakat diberikan pendedahan tentang bahayanya internet sekiranya digunakan tanpa kawalan. Orang ramai jugak dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik. Program seperti ini memberikan peluang luas kepada staff pi kerana dapat berhubung terus dengan masyarakat tempatan bagi mempromosikan perkhidmatan dan juga kelas-kelas percuma yang sering dijalankan. Promosi pendaftaran ahli dan juga myfreeview turut diadakan....baca selanjutnya

PROGRAM TAYANGAN FILEM 1957: HATI MALAYA & KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Program dimulakan dengan ucapan ringkas lalu diteruskan dengan tayangan filem 1957 Hati Malaya, selepas tayangan filem kuiz kemerdekaan pula diadakan, dan soalan adalah berdasarkan filem yang ditayangkan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pusat Internet Temangan Kolabrasi Bersama Pusat Internet Kok Lanas ini merupakan salah satu inisiatif staff pusat internet bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara staff pusat internet dan komuniti setempat, dan menggalakkan lagi mereka untuk berkunjung ke pusat internet sekiranya pihak pusat internet mengadakan program lain pada masa hadapan....baca selanjutnya

BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Semperna bulan Ramadhan ini, staff pi Manek Urai dan Pi Chuchuh Puteri telah mengadakan bacaan Yassin di kalangan penduduk tempatan di Kawasan Manek Urai...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN BUNGA DAUN PANDAN

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019

Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang pembuatan bunga pandan sebagai salah satu hasil seni memandangkan banyak permintaan untuk belajar dalam kalangan belia di sini . selain itu, program ini juga dapat melahirkan golongan yang kreatif dalam seni tangan. Daun pandan mempunyai khasiat atau kelebihan tersendiri. Daunnya mempunyai rasa ros, badam dan vanilla. Daun pandan salah satunya sebagai pewangi semulajadi di rumah atau di kereta dengan pelbagai bentuk rekaan supaya Nampak lebih menarik digunakan dan diletak di sudut tertentu. Daun pandan juga popular sabagai perisa makanan, pembalut makanan,ubat serangga dan juga teh pandan. Oleh itu , staff Pusat Internet ingin meneroka lebih jauh lg dari segi seni kreatif sebagai pewangi semulajadi...baca selanjutnya

PROGRAM CHEF CILIK BERSAMA PDK MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Tujuan kelas chef cilik ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang cara membuat hiasan di atas roti....baca selanjutnya

KARNIVAL USAHAWAN MUDA KELANTAN DUN TENDONG

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2019

Penglibatan Pusat Internet dalam Karnival Usahawan Anak Muda Kelantan adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada usahawan-usahawan muda bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing....baca selanjutnya

PRORAM CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019

Aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar pada musim cuti persekolahan....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE II

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Program ini dijalankan bagi memberi latihan kepada para usahawan untuk mengetahui berkaitan strategi perniagaan menggunakan laman membeli belah atas talian. Jika sebelum ini para usahawan hanya menggunakan kaedah penjualan secara langsung atau menggunakan media social seperti facebook dan Instagram. Hal ini kerana mereka kurang ilmu berkaitan shopee. Dimana mereka bukan hanya boleh menjadikan shopee sebagai medan membeli belah atas talian tetapi mereka juga boleh memulakan perniagaan menggunakan laman shopee.....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (JAHITAN CUPCAKE PIN CUSHION)

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019

Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang cara pembuatan cupcake pin cushion. Beliau adalah salah seorang usahawan Manek urai. Oleh itu, kami menjemputnya untuk mengadakan program seperti di atas....baca selanjutnya

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2019

Tujuan kelas Slime ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang bahan membuat Slime. Selain itu, kami difahamkan oleh tenaga pengajar mereka, antara benda yang boleh merangsang sel-sel otak mereka ialah penggunaan Slime. Ini kerana Slime mempunyai bunyi yang dapat berhubung dengan deria bunyi anak-anak istimewa ini. kami akan membuat Slime ini bersama anak–anak istimewa melalui YOUTUBE yang akan dibuka semasa membuat Slime tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE I

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Program keusahawanan merupakan salah satu objektif penubuhan pusat internet bagi melahirkan golongan usahawan yang berdaya saing serta menggunakan media social sebagai platform meluaskan pasaran perniagaan. Program keusahawanan “shopee” merupakan salah satu usaha pihak pengurusan pusat internet bagi membantu para usahawan memperluaskan pasaran produk mereka. Mereka boleh menjadikan pusat internet sebagai tempat pembelajaran berkaitan dunia perniagaan. Program ini juga akan mengajar para usahawan berkaitan ayat pengiklanan dan penghasilan poster yang menarik. Cara mengambil gambar produk. Pihak pengurusan pusat internet juga menyelit ceramah Klik Dengan Bijak (KDB) kepada usahawan yang hadir. ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (Doodle Art)

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakkan kepada komuniti Kok Lanas terutamanya pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam menggunakan internet secara bijak dan untuk menarik perhatian mereka untuk datang ke PI bagi mengelakkan mereka untuk tidak meluangkan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti