Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas.

Apabila tiba di satu tempat, buah lanas(nanas) telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh.

Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka, Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut "kok lanas".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Tujuan program cuti sekolah bersama komuniti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pi1m bersama ahli-ahli yang berdaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Temangan. Disamping itu juga kami turut menyediakan minuman serta makanan ringan untuk para peserta nikmati semasa program ini dijalankan....baca selanjutnya

BENGKEL KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi galakkan kepada komuniti Kok Lanas terutamanya golongan wanita untuk datang ke Pi1m Kok Lanas, bagi mempelajari lebih mendalam cara penjagaan kulit dengan betul, Kami juga ingin memberi peluang kepada golongan wanita sekitar kok lanas ini mempelajari cara mengenakan solekan dengan betul, Selain itu juga, kelas ini dapat memberi peluang kepada komuniti Kok Lanas untuk mempelajari cara perniagaan diatas talian, kerana di dalam kelas ini juga, bukan sahaja untuk belajar solekan , tetapi pihak kami akan membimbing peserta untuk jadikan kemahiran yang mereka pelajari sebagai platform untuk mereka mulakan perniagaan secara atas talian.....baca selanjutnya

SIAPSIAGA BANJIR (SIMULASI RADIO AMATUR)

Aktiviti Terkini | 04 November 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersiapsiaga menghadapi kemungkinan bencana banjir. Untuk mengurangkan kesan bencana dengan menolong komuniti untuk lebih bekerja sama secara lebih efektif, dengan mempertingkatkan kemampuan mereka memberi perhatian kepada bencana yang akan berlaku. Selain itu, untuk member peringatan kepada masyarakat setempat tentang prosedur menghadapi bencanan banjir....baca selanjutnya

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA DATUK SR. HJ MD ALWI BIN HJ CHE AHMAD DAN KAKITANGAN KRT KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada staff Pi1m Kok Lanas untuk menceritakan lebih lanjut perjalanan dan tujuan Pi1m Kok Lanas ditubuhkan kepada Dato Seri dan perkembangan Pi1m selama ditubuhkan....baca selanjutnya

'3D Printer Training'

Aktiviti Terkini | 20 - 21 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada usahawan untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staff dan juga usahawan, ini kerana, seandainya ada sebarang kesulitan yang berlaku mereka tidak segan silu untuk terus merujuk kepada staff Pi1m. Kami juga akan turut menyelitkan selingan KDB kepada para tetamu yang hadir....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & E- WASTE DI POLITEKNIK KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 13 September 2017

Program KDB & E-Waste merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Dan Untuk melahirkan generasi yang berakhlak, berwibawa dan bertanggungjawab....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & E- WASTE

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2017

Program “PROGRAM KDB & E-WASTE” merupakan salah satu inisiatif pihak Pi1M untuk mengajak para pelajar untuk lebih menggunakan internet secara berhemah. Dan Untuk melahirkan generasi yang berakhlak, berwibawa dan bertanggungjawab....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

KURSUS E- USAHAWAN MDEC

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2017

Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Kami juga akan turut menyelitkan selingan KDB kepada para tetamu yang hadir....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Tujuan sambutan hari raya ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PI1M bersama komuniti setempat, dan bagi melahirkan rasa syukur untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri....baca selanjutnya

PROGRAM TADARUS AL- QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2017

Program yang di rancang adalah untuk meningkatkan kecemerlangan sahsiah peserta, dan ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Dengan ini, pelajar dapat menitikberatkan pembacaan al-quran dengan betul dan lancar dalam kehidupan seharian. ...baca selanjutnya

Kursus Pemantapan Ibadah Sempena Cuti Sekolah

Aktiviti Terkini | 04 - 08 Jun 2017

Program Pemantapan Ibadah ini merupakan sebuah usaha kami untuk membantu melahirkan generasi pelajar yang berpandangan jauh dan sentiasa menitikberatkan tentang agama dalam kehidupan seharian. Asasnya sebagai pelajar mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan, perubahan sikap yang menentukan kejayaan itu ke arah positif atau negatif. Dalam program ini, matlamat utama adalah untuk meningkatkan keyakinan diri bagi pelajar untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran dalam hidup bermasyarakat dengan mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian....baca selanjutnya

Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 07 - 09 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

PROGRAM OPS JELAJAH CYBER EDISI KELANTAN DI BAWAH PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI (MSI) KERJASAMA BERSAMA PI1M KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 - 06 Mei 2017

Cyber Security Malaysia, agensi pakar keselamatan siber di bawah kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) –Ops Jelajah Cyber Edisi Kelantan. Program ini menyediakan perkhidmatan yang berteraskan program jangkau luar ke peringkat akar umbi dengan membawa kesan dan manfaat langsung kepada rakyat dan masyarakat....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

Lawatan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ke PI1M Kok Lanas

Aktiviti Terkini | 08 Januari 2017

Lawatan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Halim Shafie, Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ke PI1M Kok Lanas bertujuan untuk melihat dan meninjau pekembangan PI1M baru yang terdapat di Ketereh, Kelantan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti