Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Menurut cerita lisan, pada zaman dahulu semasa negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan Siam, Raja Siam dari Kota Bharu ingin pergi ke Kuala Krai dengan menaiki gajah, yang mana membawa bersama barang dagangan termasuk buah lanas.
Apabila tiba di satu tempat, buah lanas(nanas) telah terjatuh daripada 'kok' yang diletakkan di atas gajah tersebut. Rombongan terpaksa berhenti untuk mengutip buah lanas yang jatuh.
Tetapi, setiap kali mereka meletakkan semula buah tersebut di atas kok, ia tetap jatuh. Maka, Raja Siam bertanya bagaimana perihal tersebut. Rombongan itu dengan spontan menyebut "kok lanas".
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI (SIRI 3) JARINGAN KOLABORASI STRATEGIK LPPKN DAN MCMC
Aktiviti Terkini | 29 April 2022
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif mengenai cadangan kerjasama melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada kumpulan sasar remaja di komuniti bandar dan luar bandar...baca selanjutnya
PROGRAM BACAAN YASIN,SURAH AL KAHFI DAN BERSELAWAT SECARA ONLINE (GOOGLE MEET)
Aktiviti Terkini | 22 April 2022
Sempena Bulan Ramadhan, Staf PEDi mengambil insiatif untuk mengadakan majlis bacaan Yasin secara online di samping takzirah sempena bulan Ramadhan....baca selanjutnya
KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE KERJASAMA : PEDI TOK JANGGUT,PEDI SG PETAI,PEDI CHERANG RUKU & PEDI KG BAHARU BESUT
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022Kelas Asas berniaga di shopee terbuka kepada peserta usahawan PEDi Di Pasir Puteh dan PEDi Digi Pasir Puteh telah menjemput PEDi Kok Laans untuk memberi tunjuk ajar dalam shopee kepada usahawan mereka....baca selanjutnya
KELAS ASAS MEMBUKA KEDAI SHOPEE ANJURAN BERSAMA : PEDI GONG KULIM
Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022Staf PEDI Gong Kulim Pasir Puteh Meminta PEDi Kok Lanas untuk mengajar Shopee kepada usahawan PEDi Gong Kulim menggunakan google meet....baca selanjutnya
JOM BELAJAR CARA DESIGN MENGGUNAKAN CANVA. ANJURAN BERSAMA : UNIT SAINS KOMPUTER KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN KERJASAMA : PEDI TENDONG & PEDI TO LA
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2022
Pihak Tenaga Pengajar Unit Sains Komputer Kolej Matrikulasi Kelantan membuat kerjasama dengan PEDi Kok Lanas untuk memberi pendedahan mengenai Canva kepada para pelajar mereka agar pelajar mereka dapat mempraktikkan semasa tempoh pengajiaan mahupun selepas pengajian bagaimana hendak menggunakan canva....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PEDI JARINGAN KOLABORASI STRATEGIK LPPKN DAN MCMC
Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif mengenai cadangan kerjasama melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada kumpulan sasar remaja di komuniti bandar dan luar bandar...baca selanjutnya
PROGRAM SEHARI BERSAMA PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK ) NUR ILHAM TENDONG
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2022Program sehari bersama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (Ppdk ) Nur Ilham Tendong merupakan satu program kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital Digi ( PEDi Kok Lanas, PEDi Tendong & PEDi Pdg Tok La)bersama PPDK Nur Ilham. Program ini akan di jalankan di PEDI Tendong yang mana akan di sertai oleh 10 orang pelajar PPDK Nur Ilham dan bersama 6 orang guru pengiring. Program ini akan bermula seawal 9.30 pagi dan akan berakhir pada jam 1.00 petang...baca selanjutnya
FB LIVE – INFO KOMUNITI: BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Aktiviti Terkini | 14 Januari 2022Gabungan PEDi 3 daerah (Kota Bharu, Pasir Mas & Pasir Puteh) untuk memberitahu kepada komuniti mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Staf PEDi yang terlibat semasa siaran langsung di Page FB PEDi telah memberi tunjuk ajar cara hendak memohon dan kemas kini BKM 2022 kepada komuniti....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya